Kecederaan lutut Seth Rollins berulang kembali, Impian ke Wrestlemania mungkin berkecai
Laman web rasmi WWE melaporkan yang bintang utama Raw, Seth
Rollins telah mengalami kecederaan lutut kanannya sekali lagi, natijah
daripada serangan yang dilakukan oleh Samoa Joe di siaran Raw pada
Selasa.
WWE turut menyiarkan video klip memaparkan Rollins terpaksa bertongkat semasa meninggalkan Laredo Energy Arena di Laredo, Texas pasca siaran Raw berakhir. Laporan turut menyatakan yang bekas Juara Heavyweight Dunia WWE ini akan menjalani pemeriksaan lanjut untuk mengenalpasti sejauh mana tahap keseriusan kecederaan tersebut.

Dalam perkembangan terkini, wartawan Ryan Satin dari laman Pro Wrestling
Sheet mengesahkan yang kecederaan ini adalah benar-benar berlaku dan
bukannya sebahagian daripada jalan cerita. Justeru, jika kecederaan
lutut Rollins ini benar-benar parah, berkemungkinan besar yang bintang
berusia 30 tahun ini akan terlepas sekali lagi untuk beraksi di pentas
gilang gemilang Wrestlemania pada April depan.
Buat masa ini, Rollins dijadualkan untuk bertarung dengan Ketua Pegawai Operasi WWE, Triple H di acara tersebut di mana kini konfrontasi antara kedua mereka sedang hangat berlangsung seterusnya akan melampiaskan kesumat masing-masing di Wrestlemania. Jika Rollins tidak dapat beraksi akibat daripada kecederaan ini, perancangan pertembungan mereka perlu diubah dan Triple H perlu mencari lawan baharu.

Mengulas tentang kecederaan ini, Rollins melalui catatan di Twitter menulis:
"Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menghubungi saya sejak dua hari lepas. Hidup ini tidak semestinya berjalan seperti yang kita rancangkan, namun ia bukan alasan untuk kita mudah mengalah. Segala mehnah dan tribulasi wujud untuk membantu kita berkembang dan terus maju.
Kecederaan semula lutut saya yang baru dibedah pada 2015 ini adalah benar-benar berlaku dan pelbagai kemungkinan mungkin akan terjadi. Tapi satu yang pasti, saya akan kembali. Saya tidak akan berhenti selagi saya tidak menuntut kembali mahkota kejuaraan saya. Bagi saya, bertarung dan menewaskan Triple H adalah satu-satunya cara untuk saya mendapatkan kembali apa yang telah hilang selama ini.
Saya akan berusaha lebih keras. Segalanya belum berakhir. Saya akan menyembelih raja (Triple H) itu. Tiada apa yang mampu menghalang saya."
Untuk rekod, Rollins telah berehat selama 6 bulan susulan mengalami kecederaan otot ACL, MCL dan medial meniskus di bahagian lututnya ketika menentang Kane di sebuah acara live event pada November 2015. Akibatnya, beliau terpaksa melepaskan Kejuaraan Heavyweight WWE yang disandangnya ketika itu dan terlepas untuk beraksi di acara Wrestlemania tahun lalu.
Laman F4WOnline turut melaporkan yang WWE telah mengadakan mesyuarat
tergempar bagi membincangkan isu Rollins ini dan perubahan yang perlu
dilakukan sekiranya Rollins benar-benar tidak dapat beraksi. Bagi Samoa
Joe yang baru sahaja dimasukkan ke Raw, terdapat kemungkinan untuk
memindahkannya ke jenama Smackdown Live bagi bersengketa dengan John
Cena atau kekal di Raw dan bermusuh pula dengan Triple H.
Rollins sempat berkongsi fotonya di Twitter beberapa jam lalu
menunjukkan yang kini beliau sedang menjalani pemeriksaan lutut di
Birmingham:
Namun tweet yang agak menyentuh hati itu dibalas dengan
sindiran sinis oleh individu yang menyebabkan kecederaan tersebut iaitu
Samoa Joe. Ujar Joe, apa yang dilakukannya ini adalah hanya menurut
perintah yang telah diberikan padanya.
Insiden kecederaan ini pastinya sedikit sebanyak akan merosakkan
kredibiliti Joe sebagai bintang baharu di WWE. Pada awal 2015 yang lalu,
Joe juga telah mencederakan Tyson Kidd dalam perlawanan sulung WWE nya
yang tidak disiarkan di TV. Hasilnya, Kidd telah mengalami kecederaan
leher yang serius dan terpaksa berehat hingga sekarang.
Namun tidak wajar juga untuk meletakkan kesalahan 100% di bahu Joe. Beliau hanya menjalankan peranannya dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dalam situasi persekitaran kerja seperti WWE ini.
Apapun, semoga Seth Rollins akan segera sembuh seperti sediakala dan kembali semula bagi merancakkan saingan di WWE.

Baca Juga:
No
|
Menghasilkan Uang dari Blog
|
Menghasilkan Bitcoin dari Blog
|
1
|
||
2
|
Review Bidvertiser, Peluang dapat uang dari blog | |
3
|
Review Adnow, Peluang dapat uang dari blog | |
4
|
Review PayClick, Peluang dapat uang dari blog | |
5
|
Review KumpulBlogger.com, Peluang dapat uang dari blog | |
6
|
Review BloggerBersatu.com, Peluang dapat uang dan pulsa dari blog | |
7
|
Review AdsOptimal, Peluang dapat uang dari blog |
loading...
Komentar
Posting Komentar