Trofi Kejuaraan UK didedahkan

Trofi Kejuaraan UK didedahkan


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, WWE telah mengumumkan yang mereka bakal mengadakan kejohanan khusus bagi para penggusti di United Kingdom. Kejohanan selama 2 hari ini bakal mengambil tempat pada Ahad dan Isnin ini (waktu Malaysia) dan akan disiarkan secara eksklusif di WWE Network (saluran 820/840).

Bagi menambahkan kehangatan kejohanan ini serta menaikkan semangat 16 para penggusti yang terlibat, bengkung kejuaraan bagi pemenang kejohanan ini kelak telah didedahkan kepada umum.




Michael Cole dan Nigel McGuiness yang dilantik sebagai pengulas rasmi acara ini juga sempat merakam video di siaran Blue Peter terbitan BBC untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang reka bentuk kejuaraan berprestij yang bakal menjadi rebutan ini.


Tidak dapat dinafikan, ia menampilkan sebuah reka bentuk yang amat menarik dan menyerlahkan imej prestij walaupun bentuknya menyamai acuan kejuaraan yang sedia ada di WWE kini.

loading...
loading...
Trofi Kejuaraan UK didedahkan Trofi Kejuaraan UK didedahkan Reviewed by My Tim on 09.06 Rating: 5

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.