John Cena setuju untuk bertemu The Undertaker

John Cena setuju untuk bertemu The Undertaker


Dalam perkembangan lain, bekas juara 15 kali WWE, John Cena mengakui yang beliau berminat untuk bertarung dengan bintang lagenda WWE,  The Undertaker jika WWE memutuskan perlawanan antara kedua mereka menjadi kenyataan. ( Rencana Awal Untuk John Cena vs The Undertaker Di WrestleMania 34)

Dalam satu temubual bersama ESPN baru-baru ini, Cena telah memberi respon tentang khabar angin yang beliau akan bertemu The Undertaker di acara Wrestlemania tahun hadapan:


"Undertaker adalah seorang bintang ikonik di WWE. Jika saya diberi peluang, saya mengimpikan untuk berada dalam satu gelanggang bersama Andre The Giant, kerana bintang itu amat dihormati dan kegemilangan yang wujud di sekelilingnya. Saya rasa Undertaker juga mempunyai kelebihan yang sama.

Jika anda tanya saya adakah saya inginkan sebuah perlawanan perprofil tinggi dengan seorang bintang paling lagenda dalam industri ini, sudah tentu jawapan saya adalah 'ya'."

John Cena akan kembali beraksi di acara Smackdown Live minggu ini setelah berehat panjang sejak Oktober lalu berikutan komitmen luar WWE. Beliau dijangka akan memulakan kembali sengketanya dengan AJ Styles bagi perebutan Kejuaraan WWE di PPV Royal Rumble.

loading...

Komentar