Vince McMahon seorang pemaaf, masa depan Goldberg di WWE
WWE melalui satu kenyataan rasmi
 semalam telah mengumumkan yang pengurus dan promoter lagenda, James E. 
Cornette akan kembali ke WWE untuk menyampaikan anugerah Hall Of Fame 
kepada Rock n  Roll Express pada 1 April ini.
Perlantikan Cornette ini dikira amat 
tepat sekali kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab 
menaikkan nama pasukan regu lagenda tersebut dengan bertindak sebagai 
pengurus semasa era kegemilangan mereka di Smokey Mountain Wrestling dan
 World Championship Wrestling (WCW) pada awal 90an.
Pengumuman ini adalah sesuatu yang agak 
mengejutkan kerana Cornette pernah mengatakan yang beliau tidak akan 
sesekali kembali ke WWE kerana pernah bermasalah dengan pihak pengurusan
 organisasi tersebut termasuk dengan Vince McMahon sendiri.
Untuk rekod, pengurus bermulut lantang 
berusia 55 tahun ini telah meninggalkan WWE pada 2005 dan sejak itu, 
beliau secara  terbuka sering mengkritik WWE dan Vince McMahon sendiri 
dengan kata-kata yang agak kurang enak untuk didengar.

Semuanya bermula ketika Cornette 
mengendalikan Ohio Valley Wrestling (OVW), pusat pembangunan bakat WWE 
pada 2005. Pada satu ketika, Cornette tidak dapat menahan kemarahannya 
terhadap seorang penggusti muda bernama Anthony Carelli (kini dikenali 
sebagai Santino Marella). Dalam insiden tersebut, Carelli dikatakan 
tidak memberi kerjasama yang baik apabila mentertawakan gaya masuk 
Boogeyman ke gelanggang. Akibatnya, Cornette telah menempeleng Carelli 
dan menyebabkan beliau digantung tugas serta dilepaskan daripada 
kontraknya tidak lama kemudian.
Sejak itu, beliau bertekad tidak akan 
sesekali akan kembali ke WWE dan memberikan khidmatnya kepada syarikat 
pesaing WWE seperti Total Nonstop Action Wrestling (TNA) dan Ring Of 
Honor (ROH). Ironinya, beliau turut bermasalah dengan pengurusan di 
syarikat-syarikat tersebut menyebabkan banyak pihak bermasam muka 
dengannya.
Justeru, sesuatu yang agak menghairankan
 apabila Cornette dihubungi kembali untuk terlibat di acara Hall Of Fame
 tahun ini. Sekaligus membayangkan yang Vince McMahon sanggup 
mengenepikan semua sejarah hitam dengan bekas pekerjanya yang pernah 
mencetuskan masalah sebelum ini.
Pada 2015, Cornette melalui siaran podcastnya pernah mengulas tentang sikap keterbukaan Vince ini dengan berkata:
“Pekerja menyamannya, tinggalkannya, 
kutuk macam-macam tentang dirinya, namun Vince tetap membawa mereka 
kembali. Ia bukan langkah terbaik untuk perniagaan melainkan untuk 
melayan kehendak ego Vince sendiri. Beliau hanya ingin buktikan yang 
beliau mampu lakukan segalanya kepada sesiapa sahaja. Yang paling 
penting, Vince ingin menunjukkan yang di akhirnya, semua orang 
memerlukannya kembali.”
Penerima anugerah Hall Of Fame 2017, 
Kurt Angle turut mendedahkan saat pertemuannya kembali dengan Vince 
McMahon selepas 11 tahun tidak bersua baru-baru ini.
 “Kami bersua dan perkara pertama yang 
beliau lakukan adalah merangkul saya. Beliau memeluk saya seperti saya 
ini anak lelakinya. Ia sangat emosional. Semasa penghijrahan saya pada 
2006, ia berlaku dalam suasana yang agak tegang. Ada sedikit 
ketidakpuasan di pihak saya dan sedikit kekecewaan pada Vince.

Apabila kembali kini, Vince berkata yang
 perkara lepas biarlah berlalu. Tiada apa perlu dirunsingkan dan tidak 
perlu mengenang perkara yang telah berlaku. Yang penting adalah apa yang
 berlaku kini dan akan datang. Kami telah merangka rancangan terbaik 
untuk kamu untuk masa depan.”
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, 
dapat kita saksikan yang Vince McMahon dan WWE sentiasa membuka pintu 
untuk para bekas pekerjanya untuk kembali dengan membuang segala yang 
keruh. Nama-nama seperti Bruno Samartino, Randy “Macho Man” Savage, 
Ultimate Warrior, Goldberg, Bret Hitman Hart dan beberapa lagi bintang 
lagenda pernah berkerat rotan berpatah arang dengan Vince. Namun 
semuanya dilupakan demi kelangsungan legasi untuk terus memacu kejayaan 
di masa hadapan. Dengan bantuan menantunya Triple H, semuanya diatur 
kembali dengan penuh hati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung agar 
semua kesumat yang berdarah selama ini dapat dirawat.

Kalau tidak, masakan Vince boleh 
melantik musuh ketat dan pesaingnya seperti Eric Bischoff yang pernah 
bertekad untuk menjahanamkan bisnesnya semasa perang antara WWE dan WCW 
berlangsung sengit di era 1996-2000 dulu.
Yang penting, semua yang dilakukan ini adalah best for business.
Masa depan Goldberg pasca Wrestlemania
Para peminat kini berteka-teki tentang 
perjalanan karier Goldberg di WWE selepas acara Wrestlemania pada 3 
April depan. Dijangka akan tewas kepada Brock Lesnar seterusnya 
melepaskan Kejuaraan Universal yang dimenanginya awal bulan lalu, adakah
 bintang berusia 50 tahun ini akan terus bersara atau kekal beraksi 
bersama WWE.
Menurut Wrestling Observer Newsletter, 
acara Wrestlemania kelak kemungkinan tidak akan menjadi medan pencak 
terakhir ikon WCW itu. Melalui pemerhatian oleh WWE, kemunculan semula 
Goldberg amat disenangi peminat dan dianggap berjaya mencipta momentum 
yang dikehendaki syarikat.
Walaupun kontrak Goldberg adalah terhad 
dan hanya muncul sesekali, Goldberg adalah bintang yang amat digemari 
oleh peminat di acara live event, dan ia sekaligus mencetuskan kekaguman di kalangan pegawai WWE.
Justeru, pihak WWE akan membuka peluang 
untuk Goldberg menyambung kontraknya jika mahu dan akan ditampilkan 
sebagai tarikan utama di acara-acara PPV tertentu, menyamai kontrak yang
 ditandatangani oleh Brock Lesnar waktu ini.
Tentunya para WWE Universe belum bersedia untuk melepaskan Goldberg ke alam persaraan dan mendambakan beliau untuk beradu kekuatan dengan bintang-bintang muda WWE hari ini seperti Braun Strowman, Roman Reigns, Samoa Joe dan ramai lagi.
Tentunya para WWE Universe belum bersedia untuk melepaskan Goldberg ke alam persaraan dan mendambakan beliau untuk beradu kekuatan dengan bintang-bintang muda WWE hari ini seperti Braun Strowman, Roman Reigns, Samoa Joe dan ramai lagi.
Baca Juga:
| 
No | 
Beli Leptop/Notebook | |
| 
1 | ||
| 
2 | ||
| 
3 | ||
| 
4 | ||
| 
5 | ||
| 
6 | ||
| 
7 | 


Komentar
Posting Komentar