Adik beradik Hardy ditawar kontrak ke WWE

Adik beradik Hardy ditawar kontrak ke WWE


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pasangan regu lagenda The Hardy Boyz telah mengakhiri kontrak bersama Impact Wrestling bulan lalu dan spekulasi menyebut bahawa mereka akan kembali ke WWE.
 
Kini para peminat Team Extreme ini boleh semakin menarik nafas gembira kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pro Wrestling Sheet, pihak WWE telah pun menghubungi mereka dan menawarkan kontrak baharu untuk bekas Juara Regu WWE ini kembali.

Walaupun kedua pasangan adik beradik ini kini merupakan Juara Regu di Ring Of Honor (ROH), namun seperti yang didedahkan Matt beberapa minggu lalu, kontrak mereka bersama ROH hanyalah untuk satu jangka masa yang singkat iaitu sekadar sebulan dua sahaja. Justeru, tidak hairanlah sekiranya mereka akan kembali ke WWE semula selepas meninggalkan syarikat kepunyaan keluarga McMahon itu tujuh tahun lalu.

Matt Hardy yang sedang menjadi fenomena dengan karakter “Broken”nya kini dilapor sedang bergelut dengan pihak pengurusan Impact Wrestling yang enggan memberikan kebenaran kepada Hardy untuk kekal menggunakan gimik tersebut di luar Impact. Matt walaubagaimana pun sedang berusaha mencari jalan terbaik untuk mendapatkan hak mutlak kepada gimik tersebut kerana ia adalah lahir daripada ideanya sendiri dan bukannya pihak pengurusan Impact.


Jika benar Matt dan Jeff bersetuju dengan terma dan syarat untuk kembali semula ke WWE tidak lama lagi, kemungkinan mereka terpaksa melupakan seketika gimik Broken Universe tersebut kerana sudah tentu WWE tidak mahu terlibat dengan isu hakcipta dan tanda niaga (trademark) milik Impact. Atau sekurang-kurangnya, WWE akan menunggu sehingga isu ini selesai agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari.

Dengan musim Wrestlemania yang hanya berbaki kurang dua minggu dari sekarang, adalah sesuatu yang amat mengujakan sekiranya dapat melihat kembali Matt dan Jeff memeriahkan semula divisyen regu di WWE, tidak kira sama ada di jenama Raw mahupun Smackdown Live.

Baca Juga:
No
Beli Leptop/Notebook
1
2
3
4
5
6
7

Komentar